myNote

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Salam Syawal Semua..Semua orang sbuk cite ksah raya.So, aku pun nak bercerita sdikit ksah raya aku tahun ni.. Alhamdulillah, still dapat berkumpul bersama-sama. Tahun ni aku beraya kat kampung ayah aku. Since, kedua atok and nenek aku sebelah ayah dah takde, maka ayah aku la yang jadi wakil untuk menunggu wakil baraan kat kampung.

 Baraan ni akceli beraya secara beramai-ramai dalam satu kumpulan secara serentak. Kalau kat kampung aku, die akan asing laki and perempuan. Bercerita pasal baraan nih, aku join baraan tahun ni.Ni la first time join. Tu pun lepas mak aku suruh. Dahla ramai yang aku tak kenal, so terpaksalah aku menjadi peramah seketika.. hihihi. Well, orang kampung ayah aku nih sgt la peramah.. lagi-lagi nampak orang baru macam aku nih.. Tu je kisah raya tahun nih.. Hujung minggu ni, mesti banyak open house. Tapi aku ade kelas.. Pergghhh laa…

Raye with nenek

Raye with nenek

Raya with kawan-kawan
Raya with kawan-kawan

kiyokoBerada di penghujung Ramadhan membuat aku rasa cukup sayu.. Cukup tak amalan aku. Berbaloikah puasa aku ? Adakah hanya lapar dahaga semata -mata. Berpeluangkah aku mengejar malam al-qadar, malam 1000 bulan. Ikhlas tak zakat fitrah aku and berjaya tak zakat yang aku bayar tu menyucikan harta aku (macam banyak sgt je harta aku). Semoga diterima semua amal ibadah kita. Yang penting bukan berhenti di Ramadhan ini sahaja. Tetapi perlu istiqamah selama-lamanya.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir batin.. Kot-kot ade terkutuk, tersindir, terhina and macam-macam lagi la yang secara sengaja ataupun tidak sengaja, disedari atau tidak disedari. Lupakan dendam dihati, kite mulakan lebaran suci dengan seikhlas hati.. InsyaAllah..

Sesape yang duduk Sabak Bernam,or lalu Sabak Bernam, or singgah Sabak Bernam jemputlah datang ke rumah aku…Rumah aku kat Qtrs Guru, depan masjid Sabak tu.. Heheheh.(Aku ade tag kat Google map..hahahha.. :)). Bukan ape, kite eratkan silaturrahim dikalangan semua. And semoga hari raya ini sentiasa mendapat keberkatan Ilahi.. Korang kol dulu, nnt aku msakkan juadah. Kalau tak kol, bagi ape yang ade je..hoho…

Alfatihah buat mereka yang telah tiada. Semoga ditempatkan bersama para kekasihNya.

And for those yg drive, hati-hati dijalan raya, biar lambat asal selamat..Igt la org yg tersayang..

Salam Kawan-kawan semua. Tinggal beberapa hari je lagi kite berada di bulan Ramadhan Kareem ni…Kan..

Bagaimanakah ibadah puasa kita? Berjaya kah kite ? Tak lama lagi semua syaitan akan dilepaskan. Berjayakah kite menghalang godaan syaitan yang sentiasa berjanji menggoda manusia.Semoga kite semua selamat dari godaan syaitan.

Sedikit kisah nak share :

Tadi aku nak amik dokumen dr HR kat  level 13(aku punye ofis kat level 12). Aku mals nak tunggu lif. So, aku plan nak naik tangga je. Mase aku buka pintu kecemasan tuh, aku nampak sorang akak cleaner tengah duduk terlentok kat tangga. Seriuss ..Aku sdeh gile tengok keadaan kakak nih. Dengan badan die kurus gile. Tengah pegang kain buruk. Mesti die letih sangat. Die keje berat, kalau nak banding dengan aku. Keje dalam aircond. Tak perlu bawak bende berat. Hanya duduk ngadap PC (sambil update blog.. x berupdate pon..hehe) .

Aku perasan kakak nih memang rajin gile. Pgi aku datang, die mop lantai kat foyer. Lepas tuh naik dari satu level ke satu level untuk cuci tingkap. Patutlah pukul 11 die dah letih sgt. Gigih betul kakak nih cari rezeki walaupun hasil yang tak seberapa. Semoga kakak ni ikhlas and dijanjikan pahala yang berlipat ganda diakhirat nanti ..Lagi-lagi di bulan ramadhan nih.

Die dah nak datang..

Die dah nak datang..

Alhamdulilah.. Satu perdua Ramadhan telah berlalu,( harap berlalu dengan jayanya)

Now tinggal sepuluh hari yang terakhir. Pada masa inilah dijanjikan malam yang penuh barakah, Malam Al Qadar. Semoga kite dapat berlumba-lumba mencari keberkatan di setiap malam.

Yahoo…cuti raya aku dah approve. Maka dapatlah aku bercuti seminggu. Tapi aku kene standby. Tak boleh off handphone sbb if ade ape-ape problem kat ofis,bos akan kol aku, then aku kene datang. Aku harap takde la database buat hal time tuh.

Sedih nak tinggalkan Ramadhan. Ntah cukup or tidak amalan aku tahun nih.

Posted on: September 4, 2009

Salam Ramadhan Semua…Dah nak masuk pertengahan bulan Ramadhan dah. Harap-harap dapatlah kite same-same menambah amal ibadah kita disamping mengejar malam AlQadar. InsyaAllah… Harap, aku pun begitu.

So far aku dah pernah tarawikh kat 4 tempat.

1. Kat masjid Pekan sabak Bernam,

2. Surau Suluk, Panchang Bedena

3. Masjid UKM

4. Masjid Kelana Jaya.

Aku style ikut mood. Kalau time tuh mood aku bagus, aku akan semayang 23. Kalau tak, aku smayang 8 je. Then selebihnye moreh sehinggalah rakaat yg ke 20. Hehehe…

 

Iftar Jama'ie

Iftar Jama'ie

Bestkan berbuka beramai-ramai macam nih. Teringat mase aku kat UKM dulu. Setiap hari berbuka kat Masjid. Makan dalam talam.Elok, utk eratkan silaturrahim.

Nota aku : Jangan biarkan Ramadhan berlalu sia-sia sje. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita?

Salam Ramadhan utk Semua.. Semoga Ramadhan Tahun ni lebih baik berbanding Ramadhan sebelum ini.

 

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Alaa…nexwik aku dah start kelas..Adoaii… malasnye la..

Salam semua… Semoga diberkati and dirahmati. Menjelang Ramadhan nih, semoga kita diberi kekuatan untuk melipatgandakan amal ibadah..Waahh…Now, ayat aku dah semakin mantap.hehehe..

Tahniah to Kina untuk degree convo on last saturday. Here, aku share satu photo yang aku cilok dari blog die.Korang tengokla muka excited die… Hehehe… Tau tak aku yang mane? Aku yang tukang bawak beg bunga tuh. Korg tengok muka aku yang macam dah nak makan orang tuh, sebab akceli aku lapar gile. Menunggu bile la umi and abi and kina nak kuar dari dewan. Hehehe

Tahniah Kina.. Semoga menjadi cikgu kimia yang terbest di seantero dunia

Tahniah Kina.. Semoga menjadi cikgu kimia yang terbest di seantero dunia

Dahla melayan kerenah 2 org adik laki aku yg berbagai2 permintaanya.Ktorang dah abis tawaf satu pesta Konvo UPSI…Akhirnye kitorang makan-makan kat Behrang.


Catatan Nota

myNote

June 2017
M T W T F S S
« Oct    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930